SISTEM PEMBAYARAN BAHARU PARKIR KENDERAAN DI EAST COAST MALL

East Coast Mall akan melancarkan sistem pembayaran parkir kenderaan yang lebih mudah dengan surcaj percuma bermula dari 7 Januari 2019!

Sistem parkir ini amat mudah, anda tidak lagi memerlukan wang kecil untuk membuat pembayaran. Nikmati saat membeli belah dan menjamu selera di East Coast Mall tanpa perlu membazirkan masa.

Paling menarik, surcaj 10% akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami apabila anda  menggunakan kad Touch ‘n Go untuk meletakkan kenderaaan anda di East Coast Mall. Bukan itu sahaja, anda boleh memasuki ruang parkir dengan hanya menggunakan kad Touch ‘n Go tanpa baki minimum. Hanya pastikan kad anda mempunyai baki yang mencukupi untuk pembayaran sebelum anda keluar dari parkir.

Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada segala kesulitan di parkir.

SOALAN LAZIM
  • Sistem Pembayaran Parkir Tanpa Tunai

    1. Bilakah parkir tanpa tunai ini akan dilaksanakan?

    Bermula dari 7 Januari 2019, sistem pembayaran tanpa tunai akan dilaksanakan di East Coast Mall.

    2. Bagaimana untuk saya memasuki ruang parkir apabila sistem tanpa tunai dilaksanakan?

    Anda boleh memasuki ruang parkir melalui beberapa pilihan:

        2.1. Gunakan kad Touch ‘n Go / MyKad untuk masuk dan keluar ke pusat membeli belah, atau

        2.2. Tekan tiket dan buat bayaran di Kiosk Pembayaran Tanpa Tunai dengan menggunakan kad Touch ‘n Go / Kad Pengenalan atau Paywave menggunakan kad debit / kredit sebelum keluar dari pusat membeli belah.

    3. Adakah sebarang perubahan bagi harga bayaran untuk parkir?

    Tiada sebarang perubahan harga bayaran untuk parkir.

    4. Berapakah kadar bayaran parkir tanpa tunai?

    Tiap-tiap hari termasuk hari minggu

    RM2.00 untuk 3 jam pertama

    RM1.00 untuk setiap 1 jam berikutnya atau sebahagiannya

    RM6.00 tertakluk kepada maksimum/setiap hari

    RM20.00 untuk parkir semalaman

    5. Bolehkan saya menebus mata ganjaran CapitaStar?

    Anda boleh menebus rebat parkir kenderaan sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go atau tiket.

    Bermula 7 Januari sehingga 31 Mac 2019, anda boleh menikmati PENJIMATAN 50% menerusi STAR$® apabila anda menebus rebat bayaran parkir di East Coast Mall:

    a) Tebus RM1 rebat parkir dengan 100 STAR$® (Jumlah mata biasa: 200 STAR$®)

    b) Tebus RM2 rebat parkir dengan 200 STAR$® (Jumlah mata biasa: 400 STAR$®)

    c) Tebus RM3 rebat parkir dengan 300 STAR$® (Jumlah mata biasa: 600 STAR$®)

    6. Apakah kaedah pembayaran tanpa tunai yang tersedia untuk parkir kenderaan?

    Anda boleh menggunakan Mastercard, VISA, My Debit, Samsung Pay atau MyKad / Touch 'n Go.

    7. Saya sudah membuat bayaran dan menyimpan resit sebagai bukti. Mengapa saya tidak boleh keluar dari ruang parkir?

    Sila ke pejabat Fire Command Centre (FCC) yang terletak di Ground Floor dan Pegawai akan mengesahkan pembayaran anda dan memberikan bantuan dengan segera.

    8. Saya sudah membuat bayaran tetapi tidak mempunyai resit. Mengapa saya tidak boleh keluar dari ruang parkir?

    Sila ke pejabat Fire Command Centre (FCC) yang terletak di Ground Floor dan Pegawai akan mengesahkan pembayaran anda dan memberikan bantuan dengan segera.

    9. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan parkir tanpa tunai di East Coast Mall?

    Untuk sebarang bantuan, anda boleh datang terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Ground Floor, atau layari www.capitaland.com/mycarpark untuk maklumat lanjut.

  • Parkir dengan Touch ‘n Go

    1. Bagaimana saya ingin memasuki ruang parkir sekiranya saya tidak mempunyai kad Touch 'n Go?

    Anda boleh memasuki ruang parkir melalui cara-cara berikut:

    1.1 Gunakan MyKad anda untuk masuk, dan tambah nilai MyKad di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go sebelum keluar dari pusat membeli-belah, atau

    1.2 Tekan tiket dan bayar di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai menggunakan Mastercard, VISA, My Debit atau Samsung Pay sebelum keluar.

    2. Adakah saya masih boleh menggunakan kad Touch 'n Go untuk memasuki ruang parkir sekiranya baki nilai kad Touch 'n Go saya sangat rendah?

    Ya, anda masih boleh memasuki ruang parkir. Walau bagaimanapun, anda perlu menambah nilai kad MyKad / Touch 'n Go anda sebelum keluar dari pusat membeli-belah.

    3. Berapakah baki minimum yang diperlukan bagi MyKad/kad Touch 'n Go untuk memasuki ruang parkir?

    Tiada baki minimum yang diperlukan. Walau bagaimanapun, anda perlu menambah nilai kad MyKad / Touch 'n Go anda sebelum keluar dari pusat membeli-belah.

    4. Adakah terdapat surcaj apabila menggunakan kad Touch 'n Go untuk membayar parkir kenderaan?

    Tiada surcaj untuk bayaran parkir apabila anda menggunakan kad Touch 'n Go di East Coast Mall.

    5. Saya mempunyai baki RM0 pada MyKad / kad Touch 'n Go. Dimanakah saya boleh tambah nilai?

    Perkhidmatan tambah nilai boleh didapati di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go yang terletak di pejabat Fire Command Center (FCC) East Coast Mall di Ground Floor, dan juga di Guardian (Level 2, Unit 42) dan Watsons (Level 2, Unit 19, 20 & 21).

    6. Saya tidak mempunyai kad Touch 'n Go. Bolekah saya membeli kad tersebut di East Coast Mall?

    Ya, kad Touch 'n Go boleh dibeli di pejabat Fire Command Center (FCC) yang terletak di Ground Floor, East Coast Mall.

    7. Saya memasuki ruang parkir menggunakan MyKad. Bolehkah saya keluar dengan kad Touch 'n Go yang baharu dibeli?

    Ya. Sila buat bayaran di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai. Pertama, letakkan MyKad anda pada pembaca. Pada skrin, pilih kaedah pembayaran oleh Touch 'n Go dan ikut arahan seterusnya untuk melengkapkan pembayaran anda.

    8. Dimanakah saya boleh tambah nilai sekiranya semua kedai tutup dan ATM offline selepas jam 12 tengah malam?

    Anda boleh tambah nilai di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go yang beroperasi 24 jam di pejabat Fire Command Center (FCC), Ground Floor, East Coast Mall.

    9. Saya telah kehilangan MyKad / kad Touch 'n Go, bagaimana saya boleh keluar dari ruang parkir?

    Sila ke pejabat Fire Command Center (FCC), East Coast Mall di Ground Floor, dan Pegawai yang bertugas akan mengesahkan butiran peribadi anda termasuk nombor MyKad, Lesen, nombor pendaftaran kereta dan kunci kereta. Jika semua butiran lengkap, Pegawai tersebut akan mengeluarkan tiket sementara. Anda perlu membayar kadar rata sebanyak RM6 jika kejadian berlaku dalam tempoh 24 jam atau RM26 selepas 24 jam (caj parkir semalaman) di kiosk bayaran di bawah kategori tiket hilang.

    10. Bagaimana untuk keluar dari ruang parkir sekiranya saya kehilangan beg tangan/dompet berserta MyKad/kad Touch 'n Go dan saya tidak mempunyai wang?

    Sila buat laporan polis, dan terus ke Fire Command Center (FCC), East Coast Mall di Ground Floor, dan Pegawai yang bertugas akan mengesahkan butiran peribadi anda termasuk No MyKad, Lesen, No pendaftaran kereta dan kunci kereta. Jika semua butiran lengkap, Pegawai tersebut akan mengeluarkan tiket sementara. Anda perlu membayar kadar rata sebanyak RM6 jika kejadian berlaku dalam tempoh 24 jam atau RM26 selepas 24 jam (caj parkir semalaman) di kiosk bayaran di bawah kategori tiket hilang.

    11. Bolehkah saya membayar dengan menggunakan Touch 'n Go eWallet?

    Hanya kad fizikal Touch 'n Go sahaja yang diterima untuk pembayaran buat masa ini.

    12. Saya hanya menyedari tidak mempunyai nilai baki MyKad / kad Touch 'n Go yang mencukupi sewaktu berada di pintu keluar ruang parkir. Apa yang perlu saya lakukan?

    Anda boleh tambah nilai di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go yang beroperasi 24 jam di pejabat Fire Command Center (FCC), Ground Floor, East Coast Mall.

    13. Bagaimana saya boleh menebus rebat parkir dengan CapitaStar di East Coast Mall?

    Ikuti langkah berikut untuk menebus rebat parkir dengan CapitaStar:

    13.1 Gunakan kad Touch 'n Go anda untuk memasuki ruang parkir.

    13.2 Bawa bersama kad Touch 'n Go anda.

    13.3 Muat turun Aplikasi CapitaStar pada telefon pintar anda.

    13.4 Pilih "Mall" dan cari "East Coast Mall".

    13.5 Cari eDeal "Car Park Rebates".

    13.6 Pilih jumlah yang ingin ditebus (contoh RM1, RM2, RM3)

    13.7 Pilih “Confirm”. Sahkan penebusan anda.

    13.8 Terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Ground Floor.

    13.9 Tunjukkan 'Voucher' pada Aplikasi CapitaStar anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan untuk sahkan tiket parker anda.

    13.10 Jika ada baki yang belum diselesaikan, terus keluar dan bayaran akan ditolak terus dari kad Touch 'n Go anda.

  • Parkir dengan Pembayaran Tanpa Tunai

    1. Bagaimana saya ingin masuk ke ruang parkir sekiranya tidak mempunyai kad debit atau kredit?

    Anda boleh memasuki ruang parkir melalui cara-cara berikut:

    1.1. Gunakan kad MyKad / Touch ‘n Go anda untuk masuk, dan tambah nilai kad MyKad / Touch ‘n Go di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go sebelum keluar dari pusat membeli-belah, atau

    1.2 Tekan tiket dan bayar di Kiosk Pembayaran Tanpa Tunai menggunakan kad MyKad / Touch ‘n Go sebelum keluar.

    2. Apakah pilihan yang ada di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai?

    Di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai, anda boleh membayar caj parkir menggunakan kad Mastercard, VISA, My Debit, Samsung Pay atau MyKad / Touch 'n Go.

    3. Dimanakah Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai terletak?

    Kiosk Layan Diri Tanpa Tunai berada di tempat lama mesin sistem letak kereta automatik (APS) yang terletak di:

    • Basement Level
    • Ground Floor
    • 3rd Floor
    • 4th Floor

    4. Bagaimana cara untuk saya membuat bayaran di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai?

    Ikuti langkah-langkah untuk membuat bayaran di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai seperti berikut:

    4.1  Masuk ruang parkir dan tekan tiket.

    4.2  Sebelum kembali ke kereta, sila ke Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai yang terdekat di Basement Level, Ground Floor, 3rd Floor dan 4th Floor.

    4.3  Pilih bahasa pilihan.

    4.4  Pilih jenis transaksi:

    a)    Bayaran Tiket – untuk pelanggan yang mengambil tiket untuk masuk ke ruang parkir

    b)    Pembaharuan Pas Bermusim – untuk pemegang pas bermusim

    c)    Kapit Tayar – untuk bayaran membuka tayar yang dikunci

    d)    Tiket Hilang – untuk bayaran tiket hilang

    4.5  Pilih Bayaran Tiket

    4.6  Letakkan tiket parkir di pembaca kad.

    4.7  Sahkan tempoh masa parkir kereta.

    4.8  Buat bayaran dengan meletakkan kad Mastercard, VISA, My Debit, Samsung Pay atau MyKad / Touch 'n Go di pembaca kad.

    4.9 Tekan resit selepas membuat transaksi pembayaran dan simpan tiket parkir untuk keluar.

    5. Terdapat mesej ralat di Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai. Apa yang patut saya lakukan?

    Anda boleh kembali ke Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai dengan mencuba sekali lagi membuat bayaran menggunakan kad Mastercard, VISA, My Debit, Samsung Pay atau MyKad / Touch 'n Go yang berlainan. Sekiranya masih menerima mesej ralat, sila ke pejabat Fire Command Center (FCC), Ground Floor, East Coast Mall untuk bantuan selanjutnya.

    6. Bagaimana saya boleh keluar dari ruang parkir sekiranya kehilangan tiket?

    Sila ke pejabat Fire Command Center (FCC), Ground Floor, East Coast Mall, dan Pegawai yang bertugas akan mengesahkan butiran peribadi anda termasuk nombor MyKad, Lesen, nombor pendaftaran kereta dan kunci kereta. Jika semua butiran lengkap, Pegawai tersebut akan mengeluarkan tiket sementara. Anda perlu membayar kadar rata sebanyak RM6 jika kejadian berlaku dalam tempoh 24 jam atau RM26 selepas 24 jam (caj parkir semalaman) di kiosk bayaran di bawah kategori tiket hilang.

    7. Bagaimana saya boleh menebus rebat parkir dengan CapitaStar di East Coast Mall?

    Ikuti langkah berikut untuk menebus rebat parkir dengan CapitaStar:

    7.1.    Tekan tiket untuk memasuki ruang parkir.

    7.2.    Bawa bersama tiket parkir anda.

    7.3.    Muat turun Aplikasi CapitaStar pada telefon pintar anda.

    7.4.    Pilih "Mall" dan cari "East Coast Mall".

    7.5.    Cari eDeal "Car Park Rebates".

    7.6.    Pilih jumlah yang ingin ditebus (contoh RM1, RM2, RM3)

    7.7.    Pilih “Confirm”. Sahkan penebusan anda.

    7.8.    Terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Ground Floor.

    7.9.    Tunjukkan 'Voucher' pada Aplikasi CapitaStar anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan untuk sahkan tiket parkir.

    7.10.  Jika ada baki yang belum diselesaikan, terus ke Kiosk Layan Diri Pembayaran Tanpa Tunai yang berdekatan untuk membuat pembayaran.

    7.11. Selepas bayaran dijelaskan, anda boleh keluar dari ruang parkir.

HUBUNGI KAMI

EAST COAST MALL

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Ground Floor, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Nombor Kaunter Khidmat Pelanggan:
Tel: (609) 565 8600